Wednesday, March 24, 2010

Madu Boleh Mengancam Nyawa Baby...

article ney mommy dpt dr mr.google.. just copy & paste jer.. sbb pernah baca...

Amalan belah mulut didalam masyarakat Melayu masih lagi diamalkan sehingga hari ini. Memang amalan itu sebenarnya adalah salah satu perkara yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menyambut kelahiran anak yang dipanggil "tahnik".

Didalam bahasa Melayu tahnik bermaksud mengunyahkan kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan. Cara melakukannya ialah dengan meletakkan kurma yang telah dikunyah di hujung jari kemudian memasukkan hujung jari itu perlahan-lahan kedalam mulut bayi yang baru dilahirkan. Jika tidak ada kurma boleh juga digantikan dengan benda manis yang lain seperti madu.

Namun memberi madu kepada bayi dibawah usia enam bulan adalah merbahaya terutama sekali jika madu tersebut diambil terus daripada sarangnya. Begitu juga madu yang dibotolkan sendiri dirumah tanpa mengetahui tahap kebersihannya.

Sebenarnya madu adalah makanan yang penuh khasiat dan banyak vitamin tetapi hanya untuk orang dewasa sahaja. Ia boleh menyebabkan kematian kepada bayi. Tapi kenapa ?



Madu yang tercemar menyebabkan bayi mengalami botulism (infant botulism) atau keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria Clostridium botulinum. Botulisme adalah penyakit neuroparalytic yang boleh menyerang bayi yang sihat dibawah umur 12 bulan. "Penyakit ini adalah berpunca daripada bakteria yang dipanggil Clostridium botulinum. Bakteria ini akan mengeluarkan spora dan apabila ditelan oleh bayi, ia akan mengeluarkan toksin yang dipanggil botulin.

"Toksin botulin itu yang menyebabkan sesetengah otot bayi menjadi paralyzed. Setakat ini madu, corn syrup dan pemanis yang sediakan sendiri di rumah yang telah dikenal pasti adalah pembawa spora bakteria tersebut.

"Apabila bayi diberi makan madu yang telah dicemari oleh spora bakteria itu, ia tidak akan mati apabila berada di dalam perut bayi. Sebaliknya spora itu akan menetas, hidup, membiak dan mengeluarkan neurotoxin di dalam perut bayi,"

Kerana alasan itulah madu, corn syrup dan sebarang pemanis yang tidak dipiawaikan ataupun yang disediakan di rumah tidak boleh diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan.

Kuman clostridium botulinum yang ditelan bersama madu akan masuk kedalam usus kecil dan membiak di situ serta mengeluarkan toksin. Dan, toksin itulah yang akan masuk ke dalam aliran darah dan seterusnya ke bahagian urat saraf. Disitulah kesannya mula kelihatan dan akan nampaklah tanda-tanda botulisme.

TANDA-TANDA BOTULISME
Bayi yang sihat akan mengalami tanda-tanda ini jika diberi minum atau makan madu. Antara tanda-tanda yang kelihatan pada peringkat awal ialah sembelit yang luar biasa.
Selepas itu diikuti dengan bayi kelihatan letih. Tangan, kaki dan leher jadi lembik. Kepala hilang kawalan kerana leher lembik, demam, menangis yang lemah dan tidak mahu menyusu. Akhir sekali bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas.

"Kesan paling bahaya toksin botulin ialah apabila ia menyerang otot diaphragm. Apabila organ penting pernafasan itu lumpuh akan menyebabkan bayi sukar untuk bernafas. Keadaan yang lambat untuk mendapatkan rawatan, kemungkin besar bayi akan menemui ajal,".

Jika tanda-tanda itu kelihatan pada bayi, segeralah bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hanya rawatan di hospital saja yang dapat memulihkan kembali bayi.

Bayi yang mendapat botulisme perlu mendapatkan rawatan di hospital selama beberapa hari bergantung kepada tahap keseriusannya. Perhatian khusus perlu diberikan kepada pemberian nutrisi yang cukup dan rawatan paru-paru. Biasanya satu daripada empat kes botulisme yang dibawa ke hospital memerlukan bantuan penafasan.

BAGAIMANA MADU BOLEH DICEMARI?

Madu dicemari dengan bakteria ini adalah dari kotoran yang didapati di persekitaran. Lebah membawa bersama bakteria itu dari tanah dan habuk yang melekat di kaki hingga ke sarang.

Dengan bakteria yang melekat di kaki lebah itu maka terhasillah madu yang telah dicemari. Namun tidak semua madu yang dicemari dengan bakteria tersebut walaupun yang dibotolkan sendiri di rumah.

Misalnya madu dari Amerika Utara yang dihasilkan sendiri di rumah, telah diuji oleh ahli sains tidak dicemari dengan bakteria tersebut. Tidak ada siapa yang dapat menerangkan kenapa madu itu tidak dicemari. Susah untuk katakan bahawa semua madu adalah pembawa kuman clostridium botulinum. Jalan yang selamat ialah jangan beri bayi makan madu langsung.

NASIHAT

Makanan paling baik untuk bayi di bawah usia enam bulan adalah susu ibu ataupun susu formula. Namun yang terbaik sekali adalah susu ibu kerana tidak ada susu lain yang boleh menggantikan keistimewaan susu ibu.

Ikut peraturan pemakanan bayi yang betul, iaitu ikut umur di bawah enam bulan hanya sesuai dengan susu sahaja. Selepas enam bulan baru boleh beri makanan bijirin yang sesuai dengan umur.

Makanan bijirin bercampur madu yang dihasilkan mengikut piawaian kesihatan dan kebersihan adalah selamat dimakan. Namun demikian pemberian madu yang berlebihan masih tidak sesuai diberikan kepada bayi kerana ia manis dan boleh membawa obesiti.

15 comments:

  1. bahaye rupanya madu untuk bb. BB saya pulak tak diapa2kan pun masa lahir..Kesian jugak, tapi takpela..hanya susu ibu je makanan pertamanya.

    ReplyDelete
  2. ha tula... last time... ada tglkan alya ngn atok dier... time tu dier batuk ke apa ntah... atuk pun dok calit madu kt si kecik...

    tiba2 daddy dier meloncat kata xleh.. rupanyer daddy dh baca article ney... huhuhuh... tak g tau awal2...

    ReplyDelete
  3. aku ade bce gak kat dlm pa & ma... dlm artikel tuh kate bwh 12 month... tp aunty aku lak kate ler... gne madu hape ntah.. aku pun xpernah bg kat keisha... madu kn pns...

    ReplyDelete
  4. yup..lam buku baby..madu takleh kasik utk baby bwh umur sethn..MADU, TELUR also cannot

    ReplyDelete
  5. ha tula... madu, kacang and telur... tp bila dh setahun++, boleh la kenalkan ngn kacang n telur... alya pun selalu gak amik telur... in directly la... dlm mee... dlm sup... kadang2 share telur dadar ngn daddy dier... hehhe

    ReplyDelete
  6. btol..yg tak digalakkan after sethn./.telur separuh msk..coz takut ade bakteria ke ape yg tak mati..kalo msk penuh..takpe

    ReplyDelete
  7. tp klu org tua.. eh silap kalu dewasa cam kita2 nih madu bagus utk ilang batuk.. aku ubat batuk mmg xjln... makan madu dgn limau nipis bru baek... insyaallah...

    ReplyDelete
  8. kne print emel nih... bagi kat mak aku.... aku ckp xcye huhu

    ReplyDelete
  9. hahahahah semoga dpt meyakinkan mak ko... beng x berjaya nak yakinkan parent dier... we all kalu alya batuk.. mmg x berani nk bwk balik rembau.. mau anak aku kena bg madu... hahahahah....

    ReplyDelete
  10. hahahaha... aku akn cube sedaya upayaku hehehehe

    ReplyDelete
  11. as salam, bagaimana dengan zaman rsulullah yg tiada kilang pemproses madu....? untuk makluman, anak saya telah berusia 9 bulan. di hari pertama kelahirannya saya beri kan madu dan meneruskan amalan makan madu utk anak saya sampai sekarang. alhamdulillah, anak saya tak perlu disuntik dengan suntikan yg 'diwajibkan' oleh setiap doktor baby. cume suntikan BCG aje time lahir.... :) berkenaan khasiat madu utk baby bawa umur 6 bulan, anak saya adalah contoh testimoni :) sabda rasulullah itu menunjukkan betapa hebatnya ubat yang Allah sendiri ciptakan secara semulajadi :) cubalah sendiri utk bayi anda :)

    ReplyDelete
  12. puan ummu a'mmar
    suntikan masa baby tu bukan untuk perlindungan masa baby sahaja...
    itu untuk sampai die besar nanti
    itu vaksin untuk elak penyakit tb, tetanus, hepatitis dan mcm2 lagi la...
    tentang madu pulak...sekarang ni zaman madu dah proses...kat kilang dia kita tak tau ape yg ditambah atau mcm mane diproses...jadi sekadar beringat sebelum terkena...
    ada kenalan saya yang beri baby dia madu lepas tu jadi mcm yg dlm artikel kat atas tu...memang la dah tiba ajal dia tapi tak salah kalau berjaga2 kan...

    ReplyDelete
  13. Sembelit mcm mane yea? Baby sy br 6minggu Sy bagi madu pada baby sy.. sbb dia kena whooping cough.. tp sy nampk peruhan pada tahi dia.. before bg madu baby sy berak ok.. kuning n cair.. tp after bg madu sy perasan tahi jd warna oren n kurang berak..adakah itu petanda awal sembelit? Now sy dah stop bg.. hopefully xde pape..

    ReplyDelete

Member-member yg sudi beri komen!