Thursday, August 5, 2010

Akibat Bongok Badan Binasa...

ada gak manusia macam ney...
kalu perantau tu... buat jela perantaunyer...
bak kata kawan den... 
"aku ney merantau gak.. x jumpa gak tempe salut daun tu.. xde la aku ney meroyan ke apa..."

adui nak marah pun... kesian tuan empunya diri tu... dh berjuta lemon kot kena badi makian org... 
especially JOHORIAN...
berdesing tengkorak i bila baca..
ish tgh pregnan tu... sian baby... kena tempias jugak...
eh KASTAM ney gomen kan... kena tak surat...SHOW CAUSE LETTER mcm we all???


from SINAR HARIAN


SENAI - Pelayar sebuah laman web sosial semalam dikejutkan dengan luahan berbaur penghinaan daripada seorang wanita terhadap negeri Johor.

Kenyataan wanita terbabit mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini yang mahukan beliau memohon maaf secara terbuka.

Dalam laman sosial tersebut, wanita yang berasal dari Kulim itu meluahkan perasaannya pada 14 Julai de�ngan meletakkan status: “Ya Allah hinanya Johor Bahru nama je dekat dengan Singapura belum maju rupanya... baik aku duduk Kulim macam ni.”

Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.

“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumba�ngan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,” katanya.

Sinar Harian turut mendapatkan reaksi awam yang rata-ratanya mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pekerja swasta, Amril Aron, 31, menyatakan rasa terkilannya terhadap kenyataan itu.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap apa pun ketidakpuasan dalam laman sosial secara terbuka, ia tidak boleh diterima kami sebagai rakyat Johor,” katanya.

Eksekutif Pemasaran, Hairun Nisa Syed Esa, 23, berkata, kenyataan sebegitu melihatkan keperibadian dan kecetekan ilmu seseorang.

“Saya terkilan dengan kecetekan pemikiran individu seperti ini. Beliau patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.” katanya.

Sementara itu, Yahya Kiprawi, 31, berkata, beliau menghormati pentadbiran dan negeri Johor walaupun bukan berasal dari negeri itu.

“Walaupun bukan anak kelahiran Johor, namun saya mencari rezeki di sini, dan saya menghormati negeri, pemimpin dan penduduk Johor. Walaupun mungkin hanya gurauan, namun kenyataan menghina ini tidak boleh diterima pakai,” katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Surahati Abu Hassan berkata, beliau menganggap kenyataan sebegitu tidak sepatutnya dibuat memandangkan ia bersifat kenegerian.

“Laman web sosial bukan tempat meluah perasan, tidak perlu sebut perkataan tak elok. Minta minta maaf dengan terbuka, sememangnya hati rakyat Johor sudah terluka,” katanya.

Sinar Harian berusaha untuk menjejaki wanita tersebut di laman sosial terbabit, namun akaun penama sudah ditamatkan.



6 comments:

  1. erm mmg tengah hangat sgt isu nie..mmg menyetuh perasaan Johorian ..mmg bahaya ...dia mmg patut kene mintak maaf..

    ReplyDelete
  2. tula... mmg patut mntk maaf..
    actually kalu x dpt beli yg kt kedai... boleh beli yg dlm kotak tu.. kt mall skrg ada dh... huuuh

    ReplyDelete
  3. mmg kena jaga sensitiviti rakyat la..takleh sewenang2nya nk bg statement gitu..wpun fb tu personal..tp iskkk..takleh arr ckp camtu kan..buat malu je..tak psl2 je kan

    ReplyDelete
  4. cam aku kenal ayat tempe itu...heehehhe....

    ReplyDelete
  5. asmah: ha tula... kena berhati2 nak post kt FB tu... bnyk org makan hati... apola..

    shafia: alahai.. aku amik quote ko la tu... eheheheh

    ReplyDelete
  6. ohho...sungguh serius isu sebegini kan...harus la dia mintak maaf..ada ke buat kenyataan terbuka gitu, taktau ke laman sosial tu, boleh diketahui satu dunia! haish...

    ReplyDelete

Member-member yg sudi beri komen!