Tuesday, August 10, 2010

Sri Kandi @ Jejak Rasul 16

kawan2...

jangan miss yer... kalu sempat balik tu... sila la tgk... ada 10 episod sajer...
hmmm terpikir2 sempat ke sampai rumah ney... kena tgu siaran ulangan la jawabnyer...

td tgk intro kt tv3... seedih..syahdu... 
info cilok from manggaonline
p/s... i x baca mangga ok... just google utk cr article terbaik utk entry ini....
:)
:)
:)



Julung kalinya, Jejak Rasul 16 akan menampilkan kaum Hawa menerajui salah sebuah segmen paparan Trilogi Suara Kebenaran. Menariknya 10 episod pertama akan mengupas sejarah perjuangan dakwah dan usaha mengembangkan syiar Islam di samping memberi kesedaran tentang kepentingan dan kekuatan kaum Hawa menerusi paparan menarik tokoh-tokoh seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Fatimah Az-Zahraa, Fatimah binti Al Khattab, Siti Aisyah binti Abu Bakar dan ramai lagi.

15 tahun bersiaran dan jarang sekali Jejak Rasul memaparkan kisah hebat perjuangan tokoh wanita dan kini wanita sendiri diangkat untuk melihat sendiri tempat tinggalan sejarah yang pernah menjadi saksi kisah kehidupan wanita-wanita hebat ini. Kisah-kisah Sri Kandi Islam ini diselami sendiri Ezzah Aziz Fawzy (pengacara), Mazlin Nordin (penerbit dan pengarah) dan , Shadiya Abbas (wartawan penyiaran) dengan hanya dibantu oleh seorang krew lelaki, Jebat M Rosli (jurukamera).

"Sepanjang 23 tahun bekerja dengan TV3 saya memang banyak terlibat dengan acara membabitkan wanita. Dan saya hanya sekadar melawat atau melakukan umrah jika pergi ke Mekah. Namun pemergian kami kali ini sangat mencabar kerana harus melihat pada perspektif yang berbeza. Bila tiba di sana dan meneliti kembali apa yang pernah terjadi di tempat yang sama dulu, kami bayangkan kembali betapa gigihnya mereka berjuang demi Islam.


"Wanita dahulu menjadi tulang belakang dalam kejayaan Islam memenangi hati masyarakat. Khadijah sanggup menghabiskan hartanya semata-mata untuk membantu Nabi Muhammad s.a.w menegakkan syiar Islam. Aisyah r.a pula menjadi tempat rujukan para sahabat Nabi s.a.w mendapatkan nasihat.

"Kita harus hapuskan pandangan kaum wanita adalah second class citizen kerana kedudukan wanita istimewa pada tempatnya sendiri. Zaman dahulu juga sudah wujud datuk bandar wanita yang menerajui pembangunan semasa zaman Saidina Umar Al-Khattab. Namun timbul juga kesulitan kepada kami kerana masyarakat Arab sememangnya begitu memelihara kaum wanita daripada sebarang fitnah dan musibah. Ini mendatangkan kesulitan memandangkan kami perlu masuk ke tempat-tempat tertentu untuk melakukan penggambaran.

"Selain itu, cabaran utama apabila cuaca di sana mencecah 50 darjah celcius dan kesukaran untuk menggambarkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat kerana mereka tidak boleh digambarkan," ujar Ezzah terharu dapat menyelami sendiri sejarah tokoh wanita Islam.

Mazlin turut berkongsi pengalaman sepanjang 21 hari berada di Syria, Mesir dan Arab Saudi.

"Saya lakonkan kembali watak Sumaiyah ketika disula dan tak dapat menahan kesedihan membayangkan wanita sesuci itu diseksa dengan kejam sehingga mati. Pengalaman mendaki Gua Hira' selama tiga jam yang kini dilengkapi kemudahan mendaki tangga pun tak mampu kami hadapi namun digagahkan jua apabila mengenangkan Khadijah hampir setiap hari mendaki gua itu untuk menghantar makanan kepada suaminya.

"Tak dapat saya bayangkan kegigihan Khadijah membantu Rasulullah s.a.w walaupun ketika itu usianya  53 tahun dan mendaki bukit setinggi dua ribu kaki. Saya sendiri terpaksa bertongkat untuk naik ke atas dan Khadijah terpaksa melaluinya seorang diri. Banyak perkara yang menginsafkan dan kami berharap apa yang cuba disampaikan dapat diselami ke dasar hati," katanya pada Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Menerusi 10 episod seterusnya, penerbit Muhamad Amin Yusoff dengan bantuan Abdullah Sidek Majin sebagai pengantara segmen Jihad akan cuba menjelaskan objektif serta konsep jihad dan gambaran situasi yang membenarkan pertempuran sebagai benteng terakhir untuk memelihara kesucian agama dan nyawa umatnya.

Manakala dalam segmen Yahudi & Bani Israel, penerbit dan pengantara Mohd Fasil Mohd Idris akan mengupas konflik di Palestin, pemahaman terhadap erti istilah Israel, Yahudi dan Zionis menerusi 10 episod seterusnya.

Saksikan dokumentari sejarah ini sepanjang bulan puasa bermula 11 Ogos, jam 6.00 petang setiap hari di TV3. Adapun apa yang disiarkan bukanlah untuk diingati sebagai bahan sejarah, namun harus dijadikan teladan dan pengajaran menghadapi dunia yang semakin penuh dengan cabaran ini untuk lebih mengingati Allah SWT

No comments:

Post a Comment

Member-member yg sudi beri komen!