Ya Allah... apa nak jadi dunia sekarang... sanggup seorang ibu kematian anak.... mengeluarkan statement mcmni... anak yg x bersalah diperlakukan mcm binatang... Nauzubillah...
Benarlah org kata..."CINTA ITU BUTA..."
kalu ikut hati... kalu ada org tanya i... apa jawapan i.... senang je i jawab... yg salah tu ttp salah la.. nak kena gantung dah... yang mak ney... nak kena ketuk kot sikit kepala dier... ke sebab dier pun dh kena bully.... sampai wire kepala dh rosak... huhuhuhuhu
pepe pun.., mcm mak i selalu kata... kena dgr cerita dua2 belah pihak.. baru leh buat conclusion... hehehhe
SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.
“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.
Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.
Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.
“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Nak tau lebih lanjut... sila ke sini yer...
1 comment:
bongok..kesian anak dia..xsedar diri pnya mak..dia xtau kat akhirat sana nnti sape la yg akn tlg dia klu x anak dia..xde mananya boipren ko yg mcm binatang tu bole tlg ko.
Post a Comment