Tuesday, July 17, 2012

Resepi Patty Burger

Ni adalah resepi patty yang telah dicampur aduk dr bbrp resepi kekawan maya kt luar sana... i buat berdasarkan pengalaman makan bbrp BRAND burger bakar yg pernah i makan.... so senang nanti puasa nak buat... hiihihihh

Bahan-bahannya: boleh dapat 6-8 keping petties
1kg daging lembu/daging ayam hancur
1 biji bawang besar-cincang halus/blend kering
4 ulas bawang putih-cincang halus/blend kering
1 biji telur
1 sudu besar-lada hitam kisar
2 sudu mustard
1 cawan serbuk roti
¾ sudu besar herba campur-pilihan
2 sudu besar 5 spice
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Campur semua bahan diatas dan gaul sebati
2. bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
3. Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.

Gambar xde lg... sbb i x buat lg... weekend ni insyaAllah kalu sempat....

Thursday, July 12, 2012

Sambal Tempoyak Pucuk Kayu

Ni belajar dr mak mertua.... dan melalui pemerhatian dari kenduri kendara...


BAHAN-BAHAN :

1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
5 helai daun kunyit
4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
4 atau 5 batang serai
2-3 papan petai - ambil buah petai saja
1-2 genggam ikan bilis - bersihkan
3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya (i guna durian fresh... lg sedap menyengat)
pati santan secukupnya
asam keping (kalu nak masam sikit - i x letak)
gula (kalu tompayak dah dibuat agak lama)
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah kalu nak pedas
1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu..

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .

Ikan siakap masak stim lemon

ni antara menu utama bulan puasa... kalu masak mmg x pndang dh makanan lain...


IKAN SIAKAP MASAK STIM LEMON

BAHAN-BAHANNYA:

1 ekor ikan siakap yang telah dibersihkan
2 inci halia muda - hiris memanjang
1/2 btg lobak merah -hiris memanjang
6 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji sour plum
1 biji lemon/limau nipis - perah ambil jus
3 biji cili padi( klu nak pedas boleh tambah sendiri)
3 batang daun ketumbar
1 sudu teh sos ikan/sos numla
garam dan gula secukupnya

CARANYA :

1. Bersihkan ikan dan cuci dengan asam jawa/asam keping. Sediakan pengukus.
2. Semua bahan di atas diletak dalam satu bekas dan kukus dalam 5-10 minit.
3. Sedia utk dihidang.

Wednesday, July 11, 2012

Kacang Phool

One of my favorite time2 puasa ni..... kena letak kt blog... takut2 lupa lak kang...

Resepi dari Mami Asmah Laili




Bahan-Bahan
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia

Cara Cara
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

Cara Menghidang
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis.

Banyak Lagi Citer Best Kat Sini

Related Posts with Thumbnails